Tirmidzi meriwayatkan dari Ali r.a. bahwa Rosulullah Saw. Bersabda :
“Jika umatku mengerjakan lima belas perkara, maka mereka akan ditimpa
bencana: Jika yang mengambil ghanimah (rampasan perang) adalah Negara,
amanat didapat tanpa susah payah, zakat dijadikan pembayar hutang,
laki-laki tunduk kepada istrinya dan mendurhakai ibunya, berbakti pada
temannya dan mendurhakai bapaknya, suara-suara keras di masjid-masjid,
orang-orang fasik menguasai suku, pemimpin bangsa adalah yang paling
hina dari antara mereka, seorang dihormati karena ditakuti kejahatannya,
khamar (minuman yang memabukkan) diminum, kain sutra dipakai laki-laki,
mendengarkan muzik dan penyanyi wanita, umat yang datang kemudian
mengutuk umat yang terdahulu, maka tunggulah ketika itu datangnya
angina merah, gerhana, atau perubahan.”
Musaddad dan Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahwa Rosulullah Saw bersabda :
“Di akhir zaman, segolongan kaum dari umatku akan berubah menjadi
kera dan babi. Mereka bertanya, “ Ya Rosullah, apakah mereka
orang-orang muslim ?” Beliau menjawab, “Ya, dan mereka membaca dua
kalimah syahadat dan berpuasa. Mereka bertanya, “Kenapa mereka demikian
ya Rasulullah?’ Beliau menjawab,”mereka mendengarkan penyanyi-penyanyi
wanita, muzik dan rebana, mereka minum minuman yang memabukkan, hingga
jauh malam mereka masih minum-minum dan menghibur diri dengan penyanyi
wanita dan muzik itu, hingga mereka bangun pada keesokan harinya mereka
telah berubah.”
Adapun tentang lagu yang dihalalkan, di bawah ini dikemukakan
kesimpulan dari nukilan Al-Alim Syaikh Muhammad Al-Hamid dalam
risalahnya, Hukmul Islam fil Ghina (Hukum Islam Perihal Lagu), yang
beliau nukil dari para ahli fikih: “Lagu diperbolehkan jika untuk
membangkitkan semangat dalam pekerjaan yang berat, atau sebagai hiburan
ketika dalam perjalanan mengarungi padang pasir. Misalnya melagukan
syair, karena Rasulullah dan para sahabatnya melakukan hal tersebut
ketika membangun mesjid dan menggali parit. Juga seperti lagu yang
dituturkan Baduwi ketika menggembala untanya, syair yang tidak memuji
minuman keras dan bejananya, tidak berisikan sifat-sifat tentang wanita
yang masih hidup, dan tidak berisikan kecaman dan ejekan, karena
melagukan syair-syair mengandung hal-hal tersebut adalah diharamkan.”
Sumber[http://www.eramuslim.com]
Saturday, 17 November 2012
Wednesday, 14 November 2012
Friday, 2 November 2012
Dosa-dosa Yang Menutup Pintu Hati
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Di dalam jasad itu ada seketul
darah (mudghah),bila rosak, maka rosaklah badan seluruhnya dan bila
sihat maka sihatlah badan seluruhnya, seketul darah itu adalah hati."
Pernahkah persoalan ini timbul dalam fikiran kita? Tentunya ada apabila hati kita dilanda keresahan dan kegelisahan. Mengapa keadaan ini boleh berlaku? Jawapannya ialah kerana hati kita telah terhijap oleh perbuatan dosa yang kita lakukan setiap hari.
Tidak kiralah dosa kita terhadap Allah s.w.t. atau dosa kita sesama manusia. Memang dianjurkan di dalam Islam supaya kita selalu mengenang dosa-dosa kita yang selalu agar kita boleh memperbaiki diri kita dengan selalu bertaubat. Dosa terhadap manusia hanya boleh terhapus apabila kita meminta maaf kepada orang tersebut yang kita lakukan dosa kepadanya.
Terdapat beberapa dosa-dosa yang menutup pintu hati. Oleh itu perlulah kita jauhi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan dosa-dosa yang terdapat dalam diri kita, supaya ianya tidak bertapak dihati kita dan kita merasa bebas dan seronok di atas ketiadaan dosa-dosa tersebut.
Sahabat yang rahmati Allah,
Terdapat beberapa dosa-dosa besar yang wajib dijauhi yang boleh mematikan hati :
1. Syirik kepada Allah (terbahagi dua iaitu Syirik Besar dan Syirik Kecil).
2. Nifaq (kemunafikan).
3. Derhaka kepada kedua ibu bapa.
4. Meninggalkan solat.
5. Membunuh manusia.
6. Menuduh wanita solehah berzina.
7. Melakukan zina.
8. Makan harta anak yatim.
9. Makan riba'.
10. Melarikan diri daripada peperangan.
11. Melakukan liwath.
12. Menuduh lelaki soleh melakukan liwath
13. Melakukan sihir.
14. Meminum arak.
15. Sumpah palsu.
16. Kesaksian yang jahat.
17. Tenung nasib (percaya pada bomoh)
Dosa-dosa lain yang boleh menutupi pintu hati :
1. Memutuskan silaturahim.
2. Dosa lidah (mengumpat, memfitnah, mengadu domba, mungkir janji dan berdusta)
3. Sifat mazmumah ( marah, sombong, bongkak, takbur, ujub, irihati dan tidak bersyukur)
4. Mengambil rasuah.
5. Mengambil harta orang lain tanpa hak.
Beberapa tabiat yang buruk yang boleh juga memberi sumbangan kepada tertutupnya pintu hati adalah seperti berikut :
1. Makan dan minum secara berlebih-lebihan
2. Banyak tidur.
3. Panjang angan-angan.
4. Malas bekerja dan berusaha.
5. Malas menuntut ilmu.
Sahabat yang dihormati,
Hati manusia adalah tempat yang amat penting untuk bertapaknya iman, takwa dan ihsan. Apabila tempat ini tertutup, rosak, mati dan keras maka akan rosaklah seluruh jasad manusia. Manusia tidak akan dapat menerima taufik dan hidayah, dan tidak akan dapat merasa kemanisan iman.
Oleh itu marilah sama-sama kita jauhi diri kita daripada segala dosa besar dan kecil, membuangkan segala sifat-sifat mazmumah (buruk). Dan sentiasa beristighfar dan berzikir kepada Allah s.w.t. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menjadikan hati kita bersih, hidup, mulia, salim dan sejahtera.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dialah (Allah) yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah dan keimanan mereka yang telah ada. Kepunyaan Allah tentera langit dan bumi. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.”
(Surah Al-Fath ayat 4) TQ [laman sufi]

Subscribe to:
Posts (Atom)