Thursday 23 January 2020

Gotong royong membersih surau Ar-Rahmaniah


Ahli Persatuan Agama Islam SMKAP wanita bertugas untuk membersih surau sedang ahli PAI lelaki pula menghafaz doa2 pembenteng diri daripada makhluk2 halus dan perkara2 yang tidak baik.



Wednesday 8 January 2020

Mesyuarat Agung Persatuan Agama Islam SMKAP 8 Jan 2020


Ustaz Abdullah bin Ab.Wahab sedang mengendalikan mesyuarat agong kali pertama 2020

  
Pengerusi PAI SMKAP 2020 FATIN NAJIHAH BT MUHAMMAD ZAKI

Tuesday 15 October 2019

AMALI SEMBELIHAN UNTUK MURID-MURID SELEPAS PT3 2019

Aktiviti untuk murid2 lepasan PT3 2019 telah diadakan pada hari Selasa 15 Oktober 2019 di surau Ar-Rahmaniah SMK Ade Putra.


Tuesday 9 October 2018

Amali sembelihan murid-murid selepas PT3 2018

Aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SMK Ade Putra untuk murid2 selepas PT3
 Ustaz Abdullah dan Abang Dorani sedang mendemokan cara-cara sembelihan ayam yang betul kepada para peserta.


 Aktiviti mencabut bulu ayam oleh murid2 wanita lepasan PT3

Saturday 22 September 2018

Doa amalan di musim peperiksaan

1– Doa memulakan ulangkaji


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

2– Doa selepas mengulangkaji

اَ.للَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

3- Ketika memasuki dewan peperiksaan:

Monday 27 August 2018

Amalan untuk mendapat kecerdasan luar biasa

Baca dan amalkan dua ayat di bawah sebagai doa harian setiap kali selepas solat atau pada bila-bila masa yang anda berkesempatan untuk membacanya

Surah Al-Imran ayat 7-9

Surah Taahaa ayat 25-28