Sunday 5 August 2012

Chinese Olympics training or child cruelty?


Mahukan kita di Malaysia buat seperti ini? Itulah persoalan yang terlintas di pemikiran penulis. Tidak dalam 100 tahun rasanya. Biarlah kita duk cipta lagu bagi naik semangat, walaupun kaedah itu 110 peratus pasti gagal mendapatkan pingat. Namun, di China, kaedah zalim digunakan untuk memastikan negara itu melahirkan atlet bertaraf dunia. Dipukul, diherdik, dimaki umpama binatang. Akhirnya mereka menang emas di olimpik, namun apakah pendekatan itu wajar? Jika inilah pendekatan dalam semua acara sukan, maka tidak hairanlah China menang dalam pelbagai acara di Olimpik yang setakat hari ke-4, masih menjuarai punggutan pingat di Olimpik London. Kepercayaan di negara China ialah, kanak-kanak perlu melalui kesusahan untuk berjaya. Ibubapa memilih untuk membiarkan sekolah melayan anak mereka secara kasar, asalkan mereka berjaya dan akhirnya membawa keluarga keluar dari kemiskinan dan mendapat sanjungan masyarakat. Andalah hakim…apa pandangan anda? Adakah ini latihan yang boleh diterima atau ini adalah penderaan kanak-kanak?

Wednesday 1 August 2012

5 Nama Syaitan Yang Harus Kita Waspada

Dapat dari sebuah buku berjudul “Dialog dengan jin muslim” karya Muhammad Isa Dawud.
Apa yang nak dikongsikan disini adalah nama 5 syaitan yang merupakan wakil Iblis untuk menggoda umat manusia.

1) Tsabar
Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau dilanda musibah, seperti kematian, banjir dan sebagainya. Kemudian dia membisikkan dan menyatakan supaya timbul perasaan benci terhadap Allah swt. Kemudian orang yang ditimpa musibah itu marah dan caci maki terhadap ketentuan Allah swt terhadap dirinya.

2) Dasim
Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mengadu domba, menimbulkan perasaan benci satu sama lain dikalangan suami isteri sehingga terjadi perceraian

3) Al-A’war
Makhluk laknatullah ini adalah specialist dalam urusan terjadinya perzinaan. Anak-anak dia menjadikan tarikan bahagian tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul sangat menggembirakan iblis di kerajaannya yang besar.

4) Maswath
Specialist dalam menciptakan pembohongan besar maupun kecil.

5) Zalnabur
Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. merekalah yang menwujudkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan, dan bunuh membunuh antara sesama manusia.

[sumber]