Wednesday 21 March 2012

Petua tiga rakan dapat 11A

BACHOK 21 Mac - Perbincangan secara berkumpulan dan mengulang kaji pelajaran selepas solat Subuh merupakan antara petua tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Bachok, dekat sini memperoleh 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.
Tiga pelajar terbabit ialah anak yatim Luqman Amri dan Mohd. Shafiq Shazwan Saiful Bahari serta Mohammad Amirul Shafiq Mohd. Rashid yang muncul antara pelajar cemerlang sekolah berkenaan.
Luqman, 18, dari Kampung Pa'Pura dekat sini berkata, kematian bapanya Amri Mustafa akibat serangan jantung ketika dia berusia 11 tahun menjadi pendorong kepadanya mencapai kejayaan itu.
Selain itu, dia juga tidak mahu menghampakan ibunya yang memikul beban membesarkan dia dan adik beradik lain selepas pemergian arwah ayah mereka.
Tambah Luqman, kejayaan abangnya, Amir Izuan, 21, yang kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di India juga menyuntik semangatnya bagi mengejar impian untuk menjadi seorang doktor.[utusan]

No comments:

Post a Comment