Sunday 2 October 2011

Kira-kira 13,000 lagi guru J-Qaf diperlukan - Puad Zarkashi

MELAKA 1 Okt. — Kementerian Pelajaran memerlukan kira-kira 13,000 lagi guru bagi program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) bagi menampung kekurangan guru program itu di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, setakat ini hanya terdapat 14,000 guru J-Qaf yang mengajar di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.
"Cadangan untuk dilaksanakan program J-Qaf di sekolah menengah belum dapat dilaksanakan hingga hari ini kerana masalah untuk mendapatkan guru J-Qaf,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Khatam Al-Quran Sekolah Kementerian Pelajaran Peringkat Kebangsaan Keempat di Masjid Al-Azim di sini, hari ini.
Mohd. Puad berkata, terdapat cadangan bagi memberi peluang kepada guru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk dilatih menjadi guru J-Qaf.
Bagaimanapun, kementerian menggalakkan mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang berkenaan terutama lepasan universiti tempatan dan negara timur tengah memohon jawatan guru J-Qaf. — Bernama

No comments:

Post a Comment