Sunday, 20 August 2017

DOA-DOA DI MUSIM PEPERIKSAAN

1– Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

2– Doa selepas mengulangkaji

اَ.للَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

3- Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

4- Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

5- Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

    Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

 Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

Friday, 10 February 2017

Himpunan Petua Untuk Jadi Pandai

Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang,apa yang perlu anda lakukan? ikutilah petua-petua dibawah ini..

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan

2. Belajar 3 jam sehari  atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)

3. Belajar dalam persekitaran kondusif, baik, sesuai
a) pastikan cahaya adalah terang
b) kurangkan gangguan bunyi
c) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e) kerusi dan meja menghadap kiblat
f) jangan lupa untuk senyum

Monday, 9 January 2017

8 Kelebihan Orang Berilmu

1) Allah s.w.t membezakan dan mengangkat darjat orang yang berilmu
Allah s.w.t berfirman : Katakanlah : "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? "Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. ( aZ-zumar : 9 )
Firman Allah s.w.t : " Allah akan meninggikan darjat orang2 yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat .Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan . " ( Al-Mujadalah : 11 )
Ibn Abbas ra mengulas ayat diatas dengan mengatakan : Tingkatan para ulama dibanding orang mukmin biasa adlah lebih tinggi sebanyak 700 darjat , di antara satu darjat ke darjat setelahnya adalah sama dengan jarak 500 tahun perjalanan

2 ) Orang yang berilmu sentiasa dijadikan rujukan

Wednesday, 16 November 2016

Kursus Pengurusan Jenazah 17 Nov 2016

Anjuran Panitia Pendidikan Islam SMKAP
Penceramah : Ustaz Rosli bin Sairan (Pegawai Kagat)
Tempat : Surau Ar-Rahmaniah SMKAP
Masa 8,00 pagi hingga 11,00 pagi
Peserta : Pelajar Tingkatan 3
 

Wednesday, 7 September 2016

5 Kesan Buruk Makanan Haram

Al-Hamdulillah, segala puji milik Allah, Tuhan semesta alam. Shalawat dan salam atas Rasulullah –Shallallahu 'Alaihi Wasallam-, keluarga dan para sahabatnya.
Allah memerintahkan kepada hamba-hamba-Nya untuk memakan yang halal dari makanan sebelum memerintahkan mereka untuk mengerjakan amal shalih. Kerana makanan yang dimakan seseorang memberi pengaruh yang kuat dalam amal-amal yang dikerjakannya.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

“Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang saleh.  Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Mukminun: 51)

Ibnu Katsir berkata, “Allah Ta’ala memerintahkan hamba-hamba-Nya dari para Rasul ‘Alaihimus Shalatu Wassalam Ajma’in untuk makan yang halal dan menjalankan amal shalih. Ini menunjukkan bahwa makanan halal membantu untuk beramal shalih. Lalu para nabi menjalankan perintah ini dengan sempurna. . .”
Sebagian ulama berkata: Setiap apa yang Allah Ta’ala halalkan maka pasti ia baik dan bermanfaat untuk fizikal dan agama seseorang. Sebaliknya, setiap apa yang Allah haramkan maka itu buruk dan berbahaya terhadap fizikal dan agamanya.” (Dinukil Ibnu Katsir dalam tafsirnya)
Sesuatu yang haram hanya akan mendatangkan keburukan walaupun ia menarik dan banyak orang terpukau kepadanya. Sesungguhnya nilai baik itu ditentukan oleh syariat, bukan dengan akan semata.

Kesan Buruk Makanan Haram
Di antara Kesan buruk yang diakibatkan dari makanan yang haram adalah:

Pertama: Makanan haram akan merosakkan hati.

Thursday, 4 February 2016

Tips Islami Untuk Menjadikan Ingatan Otak Kita Melekat Kuat Seperti Gam

Tips ini telah diberikan oleh Ustaz Abdul Rauf Al-Hafiz Semasa ceramah Maulidurrasul di sekolah kami SMK Ade Putra Masjid Tanah Melaka.iaitu
 i- Jaga Solat 5 waktu
 ii-Amalkan selawat 300 x setiap hari
 iii-Malam..Amalkan membaca surah Al-Waqi'ah 1 x
 iv-Pagi.Amalkan membaca surah Yasin 1 x 


Wednesday, 23 December 2015

Pilihlah Teman yang Cerdas

FENOMENA yang tidak baik di masa sekarang ini banyak terjadi. Khususnya di kalangan para remaja. Akhlak dan kepribadian mereka mulai bobrok akibat salah pergaulan. Ya, teman-teman mempengaruhi pola pikir dan tindaknya. Maka, jika mengaku sebagai orang yang cerdas, pilihlah teman-teman yang cerdas pula, bukan yang bodoh apalagi pendengki.

Sebagaimana Abu Hatim RA berkata, “Seharusnya orang cerdas meninggalkan teman dungu dan menjauhi pendengki. Sebagaimana ia harus berteman dengan teman yang cerdas pula dan cerdik. Kerana, orang cerdas itu walau pun dirimu tidak mendapatkan keuntungan dari kecerdasannya, setidaknya engkau mendapatkan pelajaran yang bermanfaat darinya. Sedangkan orang dungu, walau pun engkau tidak ketularan kedunguannya, engkau tercemari (tercitrakan bodoh) lantaran bergaul dengannya.”...