Sunday, 4 October 2015

Kebaikan tidur yang cukup

TIDUR merupakan sarana penting untuk perbaharui semangat tubuh dan menghilangkan berbagai kelelahan serta kepenatan, terutaman bagi orang yang memiliki pekerjaan yang melibatkan fizikal dan fikir yang banyak. Jika tubuh tidak dapat istirahat (tidur), jam tidur berkurang kerana suatu sebab atau tidurnya terganggu, maka orang ini akan mengalami gangguan psikis, seperti kegelisahan dan akan disertai dengan kurangnya daya konsentrasi.Banyak orang yang tidak dapat tidur mengalami mimpi buruk Abu Mudain As-Syafii di dalam bukunya Ar-Rahah An-Nafsiyyah, dia berkata, “Semua bentuk gangguan psikis yang menimpa orang-orang yang bekerja di malam hari sebabnya kerana mereka kurang tidur. Telah terbukti bahawa tidur malam lebih banyak faedahnya dibandingkan dengan tidur siang, kerana tidur malam lebih nyenyak. Sedikitnya kebisingan boleh memberikan ketenangan bagi saraf secara sempurna.”Orang yang berjaga sepanjang malam akan kehilangan semangat. Jika orang ini tidak tidur selama tiga hari atau lebih, dia akan mengalami berbagai tekanan jiwa dan akan kehilangan kemampuan mengingat. Kemudian dia juga akan kehilangan daya keseimbangan dan akan mengalami kegelisahan dalam berfikir.Gangguan kehidupan psikologis: dalam bahagian lain di buku yang sama, Abu Madain berkata, “Gejala gangguan psikologis pertama yang muncul adalah berkurangnya konsentrasi. Dia menjadi orang yang tidak mampu memusatkan perhatiannya dalam waktu tertentu. Oleh kerana itu, orang yang tidak dapat tidur atau orang yang tidur di bawah pengaruh alkohol. Akan menjadi orang yang memiliki pemikiran bingung. Dia akan menjadi orang yang cepat marah dan mudah tersinggun.”Setiap orang yang tidak dapat tidur akan cepat marah dengan apa yang dihadapinya. Demikian pula dengan orang yang kurang tidur atau tidurnya terganggu. Oleh kerana itu, tidur dapat membantu menghubungkan pusat-pusat saraf dalam otak. Hubungan yang terjadi dalam otak terkadang dapat meredam lonjakan amarah. Oleh kerana itu, tidur dapat membantu seseorang menjadi tenang dan dapat menguasai keadaan yang ada di luar.[Arrahmah.com]


No comments:

Post a Comment