Sumber [WarkahDaily] Amat mengagumkan penulis WarkahDaily (WD), bagaimana seorang lelaki dapat membaca Al-Quran ketika berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bergantung dengan alat bantuan kecemasan di atas katil pesakit.
Kejadian itu berlaku terhadap seorang lelaki muda yang berumur 35 tahun yang telah membaca Al-Quran dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas melakukan pembedahan di sebuah hospital di Jordan.
Perkara itu telah diceritakan oleh Dr Yusuf As-Samadi, iaitu doktor yang bertanggungjawab ke atas lelaki berkenaan bagi tujuan pembedahan.
Menurut Dr Yusuf, lelaki itu pernah menghafal 30 juzuk Al-Quran dan merupakan seorang imam di sebuah masjid di Jordan.
Menurut doktor itu lagi, kejadian itu berlaku di Hospital Al-Bashir, Jordan selepas proses pembedahan dilakukan.
Di luar dugaan, selepas akhir proses pembedahan, lelaki berkenaan yang masih lagi di bawah pengaruh sedar (anestesia) dan tiada kesedaran sedikit pun, namun tiba-tiba kedengaran alunan bacaan Al-Quran dari lelaki berkenaan, cerita Dr Yusuf.
Keadaan ini menunjukkan bagaimana agong dan hebat mukjizat Al-Quran yang berkekalan sehingga hari kiamat.
Bagaimana Allah mahu hamba-Nya yang berada dalam keadaan sedar dan sihat supaya dapat memikir akan peristiwa berkenaan di samping sebagai tanda kebesaran-Nya dan wujud hikmah di sebalik Al-Quran yang menjadi panduan hidup seluruh manusia itu.
No comments:
Post a Comment