Wednesday, 25 April 2012

Hebaaat......Lelaki ini Sanggup Bayar Denda Wanita Pakai Niqab di seluruh dunia

Kalau anda nak tahu inilah Rachid Nekkaz, seorang ahli perniagaan muslim Perancis yang mengumumkan dia akan membayar setiap denda bagi wanita yang didakwa dengan kesalahan memakai niqab - bukan sahaja di Perancis tetapi "dalam mana-mana negara lain di dunia yang melarang wanita daripada berbuat demikian" ..... TRUE HERO!

Tuesday, 24 April 2012

Awas, Film Porno Ternyata Merosakan Otak

Sebuah penelitian terbaru menunjukkan, menonton film porno justru dapat mematikan bagian otak yang memproses rangsangan visual. Setidaknya, hal ini terjadi pada wanita. Demikian hasil studi yang digelar dari University of Groningen Medical Centre di Belanda yang meneliti hal tersebut.
Penelitian ini melibatkan 12 responden wanita yang tercatat sehat secara fisik dan jasmani, belum memasuki masa menopause, dan heteroseksual.
Mereka juga menggunakan kontrasepsi, sehingga hormon yang mengatur mood dan hasrat seksual selama masa siklus menstruasi dapat diperhalus.
Seperti dikutip Daily Mail, Kamis (19/04/2012), para responden kemudian diminta untuk menyaksikan tiga video porno. Satu video hanya menayangkan adegan foreplay dan masturbasi, sedangkan video lainnya menampilkan adegan-adegan yang lebih panas, dengan seks oral dan penetrasi. Sambil menyaksikan video porno para responden diamati aktivitas otaknya menggunakan Positron Emission Tomography (PET scan).
Hasil scan menunjukkan, saat responden menyaksikan film yang paling vulgar, aliran darah ke bagian primary visual cortex di otak semakin berkurang. Dengan aliran darah yang berkurang, kinerja otak pun semakin menurun.
Pakar uroneurologi Gert Holstage yang juga salah satu anggota tim peneliti, menyebutkan bahwa otak lebih banyak berkonsentrasi pada proses rangsangan daripada memproses tampilan visual selama menyaksikan film...klik tajuk / link

Wednesday, 18 April 2012

Minum air boleh bantu lulus dalam peperiksaan


LONDON 18 April - Lupakan kelas tambahan dengan yuran yang mahal dan makan vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan otak, kerana kunci untuk lulus dalam peperiksaan sebenarnya semudah mengambil segelas air! Satu kajian terkini mendapati, pelajar yang membawa air memasuki dewan peperiksaan dan meminumnya memperolehi gred yang lebih baik sebanyak 10 peratus berbanding mereka yang tidak. Walaupun tidak jelas mengapa minuman membantu peningkatan pencapaian, satu teori menyatakan bahawa apabila kandungan air dalam tubuh mencukupi, maka maklumat akan mudah bergerak dengan bebas di dalam sel otak. Penyelidik berkata, minum air juga menenangkan saraf, sementara mereka yang berasa dahaga ketika menduduki peperiksaan mudah terasa terganggu. Kajian yang dilakukan terhadap beratus-ratus pelajar universiti itu membandingkan sama ada mereka mengambil minuman termasuk air kosong, kopi atau berkarbonat sebelum memasuki peperiksaan.[sumber]

Saturday, 14 April 2012

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

Sumber [cikgubadarudin.com] Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang

Thursday, 12 April 2012

18 Sebab Jin Merasuk Manusia

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat. Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka. Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin. Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama

Friday, 6 April 2012

Imam Hafiz membaca al quran ketika sedang koma

Sumber [WarkahDaily] Amat mengagumkan penulis WarkahDaily (WD), bagaimana seorang lelaki dapat membaca Al-Quran ketika berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bergantung dengan alat bantuan kecemasan di atas katil pesakit.

Kejadian itu berlaku terhadap seorang lelaki muda yang berumur 35 tahun yang telah membaca Al-Quran dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas melakukan pembedahan di sebuah hospital di Jordan.

Perkara itu telah diceritakan oleh Dr Yusuf As-Samadi, iaitu doktor yang bertanggungjawab ke atas lelaki berkenaan bagi tujuan pembedahan.

Menurut Dr Yusuf, lelaki itu pernah menghafal 30 juzuk Al-Quran dan merupakan seorang imam di sebuah masjid di Jordan.

Menurut doktor itu lagi, kejadian itu berlaku di Hospital Al-Bashir, Jordan selepas proses pembedahan dilakukan.

Di luar dugaan, selepas akhir proses pembedahan, lelaki berkenaan yang masih lagi di bawah pengaruh sedar (anestesia) dan tiada kesedaran sedikit pun, namun tiba-tiba kedengaran alunan bacaan Al-Quran dari lelaki berkenaan, cerita Dr Yusuf.

Keadaan ini menunjukkan bagaimana agong dan hebat mukjizat Al-Quran yang berkekalan sehingga hari kiamat.

Bagaimana Allah mahu hamba-Nya yang berada dalam keadaan sedar dan sihat supaya dapat memikir akan peristiwa berkenaan di samping sebagai tanda kebesaran-Nya dan wujud hikmah di sebalik Al-Quran yang menjadi panduan hidup seluruh manusia itu.