Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata barangan Coop1M yang dilancarkan 27 Okt lepas menawarkan 25 jenis barangan harian antaranya sos cili, mi segera dan kicap dijual pada harga yang kompetetif iaitu antara 30 dan 40 peratus lebih rendah daripada keluaran berjenama.
"Usaha ini akan membantu menambah pendapatan koperasi sekolah selain memberikan pasaran lebih luas iaitu menjual barangan keperluan harian. Para pelajar boleh membeli barangan berkenaan dengan harga yang lebih murah dari pasaran," katanya selepas merasmikan sambutan dan penyampaian Anugerah Hari Koperasi Sekolah dan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah 2011 di sini, Khamis.
Thursday, 3 November 2011
Sunday, 30 October 2011
Saturday, 29 October 2011
Panduan amalan sepuluh hari pertama bulan Dzulhijah
(Arrahmah.com) – Kita kini berada dalam rangkaian sepuluh hari pertama dari bulan Dzulhijah 1432 H. Sepuluh hari yang agung. Allah SWT, Rasulullah SAW, dan seluruh kaum muslimin memuliakannya. Syariat memerintahkan umat Islam untuk menyemarakkannya dengan berbagai amal shalih yang istimewa. Keutamaan sepuluh hari pertama bulan Dzulhijah
Sepuluh hari pertama bulan Dzulhijah memiliki keutamaan yang agung dalam syariat. Di antaranya adalah:
Monday, 24 October 2011
Terpaksa ponteng demi keluarga
TENGKU Azizah Tengku Ahmad (kiri) memberikan ubat kepada suaminya, Zulkifli Deraman di rumah mereka di Kampung Tok Ku, Sering, Kota Bharu, Kelantan, semalam. – BERNAMA
KOTA BHARU 24 Okt. - Demi menjaga bapa, nenek dan datuk yang sakit, lima beradik di Kampung Tok Ku, Sering, dekat sini terpaksa bergilir-gilir ponteng sekolah biarpun menyedari tindakan itu bererti memperjudikan masa depan mereka.
Kakak sulung daripada lima beradik itu, Nik Nur Alwani Zulkifli, 16, berkata dia dan adik-adiknya, Nik Muhamad Arif, 15, Nik Muhamad Afif, 13, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Sakti serta Nik Mohamad Azwar, 11, dan Nik Nur Athirah, 10, di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Jembal, terpaksa ponteng sekolah.
Menurutnya, ia bagi meringankan beban ibunya, Tengku Azizah Tengku Ahmad, 41, yang mengambil alih tugas menyara keluarga selepas bapanya, Zulkifli Deraman, 44, disahkan menghidap penyakit angin ahmar sejak dua tahun lalu.

Monday, 17 October 2011
Wednesday, 12 October 2011
Kurang peruntukan, personel punca aktiviti kokurikulum kurang bermaya
PUTRAJAYA 12 Okt. [utusan]- Kementerian Pelajaran mendedahkan isu kekurangan peruntukan kewangan dan personel dilihat sebagai faktor yang menjadikan aktiviti kokurikulum di sekolah amat kurang bermaya atau setakat ala kadar.
Masalah tersebut berlaku bukan hanya di peringkat kementerian bahkan membabitkan peringkat jabatan pelajaran negeri (JPN), pejabat pelajaran daerah (PPD) dan sekolah.
Ia didedahkan dalam satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BBK), Muhamet Roli Hassan pada Seminar Transformasi Kokurikulum Kebangsaan 2011 di sini hari ini.
"Berdasarkan tinjauan oleh BBK mengenai status pelaksanaan kokurikulum kalangan murid pada tahun ini mendapati aspek murid bukan penghalang untuk menjadikan aktiviti itu lebih baik.
"Mereka mengetahui dan menghayati kepentingan aktiviti itu sama ada untuk kesihatan diri mahupun untuk melanjutkan pelajaran masing-masing," kata Muhamet Roli.
Mengulas lanjut perkara itu, beliau berkata, usaha melatih guru kokurikulum pula sering tidak menepati jumlah sasaran akibat peruntukan kursus yang diluluskan tidak menentu.
"Ini menyebabkan ramai guru yang terbabit menjadi guru 'pemerhati' kerana tiada kepakaran dan ilmu yang diperlukan.
"Jumlah peruntukan tahunan yang tidak menentu juga memberi kesan kepada bilangan aktiviti dan akhirnya mengurangkan peluang lebih ramai murid untuk terlibat sama," katanya.
Di peringkat JPN, Muhamet Roli berkata, perjawatan sedia ada yang berjumlah lima orang tidak mampu menampung beban pengurusan antara 130 hingga 150 aktiviti peringkat negeri dalam setahun.
Malah, beliau menambah, keadaan itu menjadi lebih teruk apabila pengetua atau guru besar enggan melepaskan guru-guru bertugas di luar sekolah.
''Isu peruntukan tahunan yang tidak menentu menjejaskan perancangan peringkat negeri dan ini menyebabkan aktiviti yang dirancang itu sering tergendala atau dibatalkan.
"Sebagaimana JPN, peringkat PPD menghadapi isu sama yang berkaitan perjawatan dan peruntukan kewangan," katanya.
Di peringkat sekolah, beliau berkata, isu penguatkuasaan peraturan dan pemantauan yang tidak mantap dianggap penyebab utama kepada kebanyakan pengurusan sekolah melaksanakan aktiviti itu seadanya sahaja.
"Tanpa menafikan faktor kekurangan tenaga mahir atau pakar, kegagalan guru-guru melaksanakan aktiviti itu lebih kepada kegagalan pihak pengurusan sekolah mewujudkan budaya kokurikulum di sekolah," katanya.

Saturday, 8 October 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)