Sunday, 2 October 2011

Petua Untuk Anak Menduduki Peperiksaan

Sumber[di sini]Sudah pasti ramai ibubapa turut merasa debaran jika anak-anak beliau yang sedang belajar bakal menduduki peperiksaan. Ibubapa mana yang tidak ingin melihat kejayaan anaknya dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, blog azuan ingin berkongsi petua untuk anak-anak serta para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.

Untuk anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak serta para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.
Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.
Semoga dengan petua untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan ini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibubapa yang kerungsingan. Sekian..

Tangisa Rasulullah

Kira-kira 13,000 lagi guru J-Qaf diperlukan - Puad Zarkashi

MELAKA 1 Okt. — Kementerian Pelajaran memerlukan kira-kira 13,000 lagi guru bagi program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) bagi menampung kekurangan guru program itu di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, setakat ini hanya terdapat 14,000 guru J-Qaf yang mengajar di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.
"Cadangan untuk dilaksanakan program J-Qaf di sekolah menengah belum dapat dilaksanakan hingga hari ini kerana masalah untuk mendapatkan guru J-Qaf,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Khatam Al-Quran Sekolah Kementerian Pelajaran Peringkat Kebangsaan Keempat di Masjid Al-Azim di sini, hari ini.
Mohd. Puad berkata, terdapat cadangan bagi memberi peluang kepada guru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk dilatih menjadi guru J-Qaf.
Bagaimanapun, kementerian menggalakkan mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang berkenaan terutama lepasan universiti tempatan dan negara timur tengah memohon jawatan guru J-Qaf. — Bernama

Monday, 19 September 2011

Awas: Gejala Gila " Emo " Sedang menular Dalam Negara

.Sumber – Sanggup kelar tangan, menjilat darah sendiri serta melakukan seks bebas merupakan antara perlakuan dan amalan sumbang pengikut-pengikut kumpulan yang dipanggil Emo yang mula dikesan menular di negara ini.
Kosmo! difahamkan, kumpulan itu di negara ini biasanya dianggotai oleh remaja perempuan bermasalah terutama mereka yang sering tertekan kerana kesedihan, kekecewaan serta dihimpit kenangan buruk semasa kecil.
Kegiatan kumpulan itu ialah mengadakan pertemuan beramai-ramai di satu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan yang membawa imej kumpulan Emo dari Barat antaranya, My Chemical Romance, Jimmy Eat World dan The Promise Ring dari Amerika Syarikat.
Sambil itu, mereka mula menghayati mesej membunuh diri berdasarkan lirik-lirik lagu berkenaan dan ada antara mereka mula mencederakan diri masing-masing dengan senjata tajam ketika mendengar lagu itu.
Antara lagu yang mempunyai unsur kepada perbuatan membunuh diri ialah yang bertajuk Welcome to the Black Parade nyayian kumpulan My Chemical Romance dari Amerika Syarikat dengan liriknya ‘And though you’re dead and gone, believe me your memory will carry on’ (Walaupun anda telah mati, percayalah saya, kenangan anda akan terus kekal).
Bagi lebih menjiwai suasana, ada antara mereka mengambil pelbagai jenis dadah terutama heroin, syabu dan ekstasi.
Ritual paling popular di kalangan mereka ialah mengelar tangan sendiri dan mati dalam keadaan perlahan-lahan dan ia berbeza dengan kumpulan songsang lain seperti gothic, black metal, Nazi, punk dan sebagainya.
Penampilan kumpulan Emo mudah dikenali kerana mereka biasanya memakai celak di mata, gaya rambut panjang dan berwarna menutupi sebahagian daripada wajah mereka selain berseluar ketat.
Pengarah Urusan Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal (gambar) yang mendedahkan trend terbaharu remaja perempuan itu berkata, pengikut fanatik kumpulan Emo mendakwa mendapat kepuasan apabila mereka melakukan semua ritual tersebut.
“Mereka rasa puas terutama ketika mereka mengelar tangan dan menjilat darah sendiri termasuk melakukan semua perbuatan tidak berakhlak membuatkan diri mereka rasa begitu hebat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sunday, 18 September 2011

10 Perkara Yang Merosakkan Otak

  1. Tidak bersarapan - mengakibatkan kandungan gula dalam darah menjadi rendah seterusnya otak akan kekurangan zat dan menyebabkan keupayaannya merosot.
  2. Terlebih makan - menyebabkah saluran darah pada otak mengeras dan melemahkan keupayaannya.
  3. Merokok - otak menjadi kecut dan meningkatkan risiko penyakit Alzheimer
  4. Berlebihan pengambilan gula - mengganggu proses penyerapan protein dan zat dan seterusnya tubuh badan akan berkurangan zat makanan. Ini mengganggu perkembangan otak
  5. Pencemaran udara - Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan oksigen. Menyedut udara yang tercemar menyebabkan otak kekurangan oksigen seterusnya mengurangkan kecekapan otak
  6. Tidur tak cukup - tidur merehatkan otak. Kurang tidur menyebabkan mempercepatkan kematian sel-sel otak.
  7. Serkup kepala ketika tidur - dengan menyerkup kepala ketika tidur, kepekatan gas karbon dioksida meningkat dan kepekatan gas oksigen menurun. Ini mampu menigkatkan kesan kerosakkan otak
  8. Menggunakan otak ketika sakit - Kuat berfikir seperti mentelaah pelajaran ketika sakit mengurangkan kecekapan otak dan boleh membawa kepada kerosakan otak.
  9. Kurang berfikir (ketika sihat) - Senaman untuk otak adalah berfikir dengan serius. Kurang aktiviti itu menyebabkan otak mengecut.
  10. Kurang bercakap - Berbual perkara-perkara yang berat dan serius atau berbincang membantu kecekapan dan perkembangan otak.
Kesimpulannya adalah jaga makan, jaga tidur , sering berfikir untuk memperbaiki kehidupan dunia dan akhirat dan sering bertukar-tukar fikiran melalui perbincangan secara intelektual amat penting untuk menjadi manusia yang menjaga otaknya dan menunaikan amanah serta tanggung jawabnya sebagai khalifah di muka bumi.